Posted by: zbfblogadmin | November 11, 2008

Selamat Datang Ke Laman Catatan Zai’s Beauty Formula!

Selamat Datang, Segala Persoalan berkenaan Produk dan permasalahan Kecantikan akan dipostkan disini. Kategori Soal Jawab dan Bicara Hati Dari Laman Web Utama juga akan di postkan disini.

Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

Posted by: zbfblogadmin | Disember 4, 2008

PENGUMUMAN

MULAI 4/12/2008, UNTUK LANJUTAN DARIPADA SOAL-JAWAB BERHUBUNG PRODUK DAN RAWATAN, SILA ke Portal ZBF News.

LIHAT DI LINK BERIKUT: KLIK DISINI

Portal ZBF News ialah Portal Khidmat Informasi Kecantikan,Maklumat dan Berita.

Portal ini disediakan untuk kegunaan orangramai agar dapat informasi tepat dan terkini mengenai pelbagai perkara terutamanya  mengenai kecantikan dan kesihatan.

Pihak pengurusan Zaimal Sdn Bhd berharap agar usaha kami dapat memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu pengetahuan supaya tidak mudah tertipu dan diperdaya sewenang wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sya dah guna jus tamusari tu, Juga baru nak minum jus tamusani , Cuma kalau sya ingin dapatkan cream utk jeragat kat muka.. (sedikit shaja di pipi)

Apakah yang sesuai…

Posted by: zbfblogadmin | Disember 3, 2008

JAWAPAN (17/11/08) kepada: Rose

PER: REKOMENDASI PRODUK ZAI’S BEAUTY FORMULA.

 Terima kasih di atas email yang di berikan.

 Berhubung niat saudari yang ingin krim Jeragat produk Zai’s Beauty Formula, untuk makluman saudari, produk Zai’s Beauty Formula adalah unik, lain daripada yang lain, di mana tiada konsep krim yang kebiasaannya terdapat dalam set pada kebanyakan produk-produk lain yang berada di pasaran. Produk Zai’s Beauty Formula adalah water base. Dengan itu, produk Zai’s Beauty Formula dapat membantu semua jenis masalah kulit, produk Zais tidak sama dengan produk yang berada di pasaran yang mana khas untuk satu masalah sahaja. Dengan itu, kami syorkan mengikut masalah saudari adalah seperti berikut:-

  1. Beauty Serum (RM68.8)
  2. LU.ST (RM76.80)
  3. Ageless (RM76.80)
  4. Span 1 (RM3.50)
  5. Ekstrak Badam (RM18.00)

 Ke semuanya bernilai RM250.90 (termasuk kos penghantaran dan pembungkusan RM7.00). Kami syorkan ekstrak badam ini kerana dapat membantu mempercepatkan lagi proses membaik pulih pigmentasi/ jeragat. Untuk pengetahuan saudari, Jus Tamusari boleh tahan 6 hingga 8 bulan jika di fokuskan pada muka dan jika untuk minum boleh tahan dalam 2 minggu sahaja.

 Sekian, di harap segala pertanyaan saudari terjawab. Untuk tempahan produk atau sebarang pertanyaan, waktu urusan Zaimal Sdn Bhd adalah seperti berikut: Isnin hingga Jumaat, 10.00 pagi hingga 6.00 petang, Sabtu 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

 

 

Masalah yang di hadapi :

1. Setelah mengguna pelbagai produk kecantikan, saya dapati kulit wajah saya semakin menipis akibat pengelupasan. Dan masalah ini menjadi semakin teruk apabila saya berada dibawah pancaran matahari kerana wajah saya akan menjadi merah dan kadangkala bertukar menjadi gelap. Disamping itu juga saya mengalami tona kulit yang tidak sekata disamping parut berlekuk akibat jerawat. Dan untuk makluman, kulit saya sensitive dan adakalanya berminyak.

2. Tona kulit saya juga tidak sama antara muka dengan badan. Dimana kulit badan ( terutamanya kaki dan tangan) lebih gelap daripada muka.

Saya ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cerah tanpa mengalami pengelupasan dan kesan sampingan. Saya harap pihak tuan dapat membantu dan mencadangkan produk yang bersesuaian untuk masalah ini.

Terima kasih.

Posted by: zbfblogadmin | Disember 3, 2008

JAWAPAN (24/11/08) kepada: Zainab Akin

Saudari,

 PER: MAKLUMAT & REKOMENDASI PRODUK ZAI’S BEAUTY FORMULA

 Terlebih dahulu terima kasih di atas minat yang ditunjukkan terhadap produk Zai’s Beauty Formula (ZBF).

 Sememangnya sebagai pengguna, kita harus bijak di dalam memilih produk kecantikan kulit di mana produk digunakan bukan sahaja memberi kesan yang kita inginkan, malah yang lebih penting lagi produk tersebut mestilah selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia merbahaya dan yang meragukan.

 Daripada apa yang saudari alami sekarang, berkemungkinan besar produk yang saudari pernah dan sedang gunakan sekarang mengandungi bahan pemutih seperti merkuri, citric asid (ekstrak buah-buahan citrus) dan sebagainya. Bahan-bahan kimia pemutih dan pengelupasan ini memang memberikan kesan ‘kulit kelihatan putih’ dalam tempoh yang singkat. Tetapi, akibatnya, kulit muka akan menjadi nipis, dan kerana itulah apabila terkena pancaran matahari dan air, kulit merasa perit, pedih atau merah. Pun begitu, ada juga individu yang tidak merasa pedih apabila memakai produk pemutih dan pengelupasan. Ini kerana produk berkenaan turut mengandungi bahan steroid, di mana dengan adanya steroid ini, individu berkenaan tidak akan merasa pedih, tetapi kulit tetap akan menjadi nipis. Sebagai panduan saudari, lihatlah kandungan yang terdapat pada produk yang pernah dan sedang saudari gunakan sekarang dan bandingkannya dengan handout yang dilampirkan yang bertajuk ‘Bahan Merbahaya Dalam Produk’, pasti ada persamaan. Justeru, wajarlah saudari berhenti serta-merta produk berkenaan, kerana jika diteruskan kulit bukan sahaja akan bertambah nipis sehingga boleh nampak salur darah malah dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan kanser kulit!.

 Buat pengetahuan sauadri, banyak faktor berlakunya masalah jerawat. Salah satunya ialah kerana ketidakseimbangan hormon estrogen dan androgen. Begitu juga penggunaan produk kecantikan yang mengandungi minyak kelapa sawit, minyak kelapa (cocoa butter), minyak bijan, minyak zaitun dan minyak vitamin E atau pencuci muka berbuih yang mengandungi bahan pencuci kimia seperti ‘Sodium Lauryl Sulfate’, ‘Ammonium Lauryl Sulfate’ dan Disodium Lauryl Sulfosuccinate’. Bahan-bahan ini menyebabkan radang kulit dan menambahkan lagi jerawat.

 Perlu di ingatkan, jangan sesekali memicit jerawat kerana akan menyebabkan nanah merebak dan terjadi lebih banyak jerawat serta meninggalkan kesan parut gelap dan berlekuk. Begitu juga jika seseorang itu melakukan rawatan seperti mengcungkil atau memicit jerawat dan rawatan mewapkan muka (face steaming) menggalakkan pembiakan kuman yang menyebabkan jerawat serta pori-pori terbuka.

 Sebagai rujukan saudari sila lihat isi kandungan produk yang berkenaan dan bandingkanlah dengan senarai Bahan Penyebab Jerawat / Akne yang boleh di dapati pada laman web kami yang berikut: www.zaisbeautyformula.com. Di laman web berkenaan, anda boleh masuk ke ruangan: Rahsia Kecantikan DiRaja, pilih topik Petua – Intro Petua. Di ruangan Intro Petua tersebut terdapat topik Bahan Penyebab Jerawat / Akne tersebut, bandingkanlah, pasti ada persamaannya. Produk berasaskan minyak ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat dan kerana itulah boleh merangsang pertumbuhan jerawat. Selain daripada info tentang Bahan Penyebab Jerawat / Akne, terdapat juga pelbagai info lain di laman web berkenaan yang secara tak langsungnya segala persoalan anda yang lain akan terjawab.

 Justeru, untuk membantu mengatasi masalah saudari itu, terbaik ialah dengan mengambil set penuh Zai’s Beauty Formula yang terdiri daripada 12 item seperti berikut:-

  1. RSUS
  2. Beauty Serum
  3. Flawless
  4. Ageless
  5. LU.ST
  6. White M
  7. Biowhite
  8. Soft Pressed Powder
  9. Perfecting Powder
  10. Jus Tamusari (sila buka ‘attachment’ untuk melihat fungsinya)
  11. Botol spray: 3 (digunakan bersama Jus Tamusari)
  12. Span (untuk memakai LU.ST dan Flawless) 

Ke semuanya bernilai RM723.30 (tidak termasuk kos penghantaran dan pembungkusan RM8.00). Untuk makluman, set penuh ini bertahan dalam tempoh 3 bulan (dengan syarat mengikut cara pemakaian yang betul). Set penuh sangat digalakkan ambil pada permulaan bagi tujuan mempercepatkan proses baik pulih kulit. Di kemudian hari (selepas tempoh 3 bulan), setelah kulit yang bermasalah hampir pulih, set penuh tersebut bolehlah sama ada diteruskan atau boleh dikurangkan mengikut masalah kulit yang dihadapi. Namun, jika nilai yang dinyatakan tidak menepati budget saudari, tidak perlu risau, sila nyatakan budget saudari, maka kami akan syorkan produk yang bersesuaian dengan masalah kulit saudari dan budget saudari berkenaan.

 Untuk tempahan produk, bolehlah hubungi Zaimal Sdn. Bhd atau e-mailkan kepada: enquiry@zaimal.com.. Pembayaran untuk produk boleh dibuat melalui akaun Maybank. Bayaran sebanyak RM6.00 atau lebih (bergantung kepada kuantiti dan berat bungkusan) akan dikenakan sebagai kos penghantaran dan pembungkusan. Untuk makluman, produk akan dihantar hanya setelah pembayaran diterima dan tempoh proses penghantaran adalah 10 hari bekerja dari tarikh kami dimaklumkan bahawa pembayaran telah dibuat dan bayaran tersebut mestilah sudah dijelaskan (clear). Justeru, bagi memudahkan pihak kami, sila maklumkan segera kepada ibu pejabat Zaimal Sdn. Bhd. sebaik sahaja pembayaran telah dibuat agar semakan boleh dibuat.

 Sekian, sebagai rujukan saudari, berikut di sertakan beberapa lampiran (SILA BUKA ‘ATTACHMENT’). Di harap apa yang telah disyorkan dapat menarik minat saudari untuk mencuba produk Zai’s Beauty Formula. Untuk tempahan dan pertanyaan, waktu urusan Zaimal Sdn. Bhd. adalah seperti berikut: Isnin – Jumaat (10.00pagi – 6.00petang) dan Sabtu (10.00pagi – 3.00petang).

 Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

Assalamualaikum,

 Saya nak tanya, ekstrak Badam itu apa? berapa harga ekstrak badam nie? Boleh terangkan pada saya….

Terima Kasih.

Posted by: zbfblogadmin | Disember 3, 2008

JAWAPAN (23/11/08) kepada – Norihan Daud

 Saudari,

 PER: MENJAWAB PERTANYAAN.

 Untuk pengetahuan saudari, menambahkan ekstrak badam ke dalam salah satu produk (jenis cecair) yang disyorkan pada email yang lepas. Satu penambahan ekstrak badam ke dalam produk bernilai RM18.00.

 Untuk makluman, ekstrak badam kaya dengan Vitamin E, B2, galian seperti Potassium Magnesium, dan juga antioksidan yang boleh membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat, jeragat dan pigmentasi, parut berwarna, mengurangkan kedut dan melambatkan proses penuaan. Ekstrak badam ini boleh ditambahkan ke dalam mana-mana produk ZBF (kecuali Perfecting Powder), di mana dengan adanya ekstrak ini di dalam produk tersebut, ia memperhebatkan lagi fungsi produk berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

 

apa bahan yang terkandung dalam produk Jus Tamusari dan bagaimana cara penggunaannya? Sebotol tahan berapa lama? saya cuma mempunyai jeragat yang sederhana dan lingkaran gelap bawah mata. bolehkah produk ini membantu masalah saya. saya agak keberatan untuk meminum apa2 jenis ubatan/minuman kesihatan tetapi lebih suka menggunakannya secara luaran.

Posted by: zbfblogadmin | Disember 2, 2008

JAWAPAN (11/09/08) kepada: Noor Zaida

 

Untuk pengetahuan saudari, Jus Tamusari (1 botol = RM48.80) mempunyai 1001 kegunaan, ia bukan hanya boleh di minum (membuang toksin dalam badan) di mana ia mempercepatkan pengeluaran toksin dalam badan melalui sistem perkumuhan, malah dari segi luaran, Jus Tamusari juga boleh dijadikan sebagai pencuci muka, toner, memberi kulit kelihatan lebih ‘glowing’, dan berfungsi untuk memudarkan sunburn.

 Tidak perlu risau dari segi cara penggunaannya kerana akan di beri sekali di dalam bungkusan produk yang di hantar. Untuk makluman, jika sebotol Jus Tamusari digunakan untuk mencuci muka dan minum, biasanya ia boleh bertahan untuk 2 minggu. Tetapi, jika saudari menggunakannya sebagai pencuci muka dan toner sahaja, boleh bertahan lebih dari 3 bulan.

Berkenaan keberatan saudari untuk meminum sebarang ubat atau minuman kesihatan, perlu dijelaskan di sini bahawa Jus Tamusari bukanlah sejenis ubat. Ianya adalah sekadar sejenis jus minuman yang secara tradisinya dipercayai mempunyai pelbagai khasiat. Umpama Jus Oren dan Jus Kiwi, ke dua-dua jus ini dikatakan kaya dengan Vitamin C di mana Vitamin C mempunyai khasiat tertentu untuk badan. Begitulah juga dengan Jus Tamusari, yang mempunyai khasiat dari tumbuh-tumbuhan. Antara bahannya termasuklah Ekstrak Buah Asam Renda, Akar Cerita, Buah Delima, Bunga Tanjung dan lain-lain ekstrak herba. Jika saudari enggan minum, tiada masalah, maka saudari bolehlah menggunakan Jus Tamusari untuk luaran sahaja. Untuk makluman, Jus Tamusari adalah antara produk ZBF yang terlaris dan sangat digalakkan untuk minum pada semua pelanggan kami kerana kebaikkannya. Malah, sudah ramai pelanggan kami mencuba Jus Tamusari untuk digunakan dari hujung rambut ke hujung kaki, untuk luaran dan dalaman; al-hamdulillah ramai yang menyukai dan berpuas hati dengannya.

Berbalik kepada masalah kulit muka saudari, terbaik sebenarnya ialah dengan mengambil full set ZBF tetapi disebabkan sebelum ini budget saudari adalah kecil maka disyorkan set minimum seperti pada email sebelum ini. Digalakkan sekali lagi, selain Jus Tamusari dan Perfecting Powder yang disyorkan, eloklah jika saudari turut mengambil LU.ST. Perlu dinyatakan di sini, dengan set minimum, akan mengambil masa sedikit untuk nampak kesan berbanding jika saudari mengambil set penuh atau yang lebih dari set minimum. Pun begitu, Insya-Allah boleh nampak perubahan dengan syarat saudari betul-betul bersabar, pakai dengan disiplin dan betul, dan tidak mencampurkan dengan produk lain. Umpama seperti telefon bimbit jenama Nokia – semua orang tahu bahawa Nokia adalah jenama yang baik dan terkenal di dalam mengeluarkan telefon bimbit, tetapi pada jenama tersebut ada pelbagai model. Model yang berharga RM3000 takkanlah sama dengan model yang bernilai RM300 kerana model yang mahal, lebih canggih dan banyak fungsinya berbanding model yang murah harganya. Pun begitu, kedua-dua model secara asasnya boleh menerima dan membuat panggilan serta mempunyai fungsi sms, bukan? Jadi begitulah perumpamaannya set penuh ZBF dengan set minimum yang saudari ambil.

Sekian, di harap segala pertanyaan saudari telah terjawab. Untuk tempahan produk atau sebarang pertanyaan, waktu urusan Zaimal Sdn Bhd adalah seperti berikut (pada bulan puasa): Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Sabtu 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Sekian, terima kasih.

 

Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

saya berminat dengan produk  ini tetapi bagaimana untuk mendapatkannya kerana saya dari Kuantan. Produk kulit muka yang bagaimana sesuai dengan saya yang mengalami masalah kulit muka parut berlubang yang agak ketara. umur saya telah menjangkau 43 tahun dan kulit muka sudah mula mengendur. buat masa ini saya telah menggunakan produk sri mawar selama 5 bulan.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.