Posted by: zbfblogadmin | Disember 2, 2008

JAWAPAN (11/09/2008) kepada: Julie Zainal.

Untuk pengetahuan saudari, Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula hanya berada di sekitar Lembah Klang sahaja iaitu di Taman Tun Dr. Ismail, Ampang, Subang USJ, Shah Alam dan Bangi. Justeru, khidmat pengeposan produk diberikan untuk pelanggan-pelanggan yang berada di luar Lembah Klang di mana pelanggan terlebih dahulu boleh menghubungi terus Zaimal Sdn. Bhd. atau membuat pertanyaan melalui e-mail enquiry@zaimal.com. Khidmat nasihat akan diberikan melalui talian atau e-mail berkenaan. Justeru, pelanggan yang berminat setelah mendengar khidmat nasihat yang diberikan, maka pembayaran bolehlah dibuat melalui akaun Maybank di mana produk kemudiannya akan diposkan.

Mengenai masalah kulit muka saudari, jangan sesekali memicit jerawat kerana itulah punca terjadinya parut berlekuk. Begitu juga jika seseorang itu melakukan rawatan seperti mengcungkil atau memicit jerawat dan rawatan stim di salon, boleh menyebabkan masalah jerawat akan makin teruk di samping meninggalkan kesan parut berlekuk dan berwarna. Sebagai rujukan saudari disertakan handout ‘Bahan Merbahaya Dalam Produk’ (sila buka ‘attachment’). Bandingkanlah bahan-bahan yang terdapat pada label kandungan produk-produk yang pernah dan yang sedang saudari gunakan sekarang. Pasti ada persamaannya, maka eloklah saudari berhenti serta-merta kerana jika diteruskan, masalah kulit saudari tidak akan pulih.

 Untuk makluman, ada beberapa faktor kulit muka mengendur dan menggelebeh. Antaranya ialah faktor usia yang makin meningkat. Selain itu, tarikan daya graviti juga menjadikan kulit muka mahu pun badan menjadi kendur dan gelebeh. Penyentalan yang kuat semasa mencuci muka juga tidak di galakkan. Faktor lain seperti menggunakan produk jenis krim yang meresap ke dalam kulit muka, lama-kelamaan boleh mengakibatkan kulit muka tidak dapat menampung kandungan bahan tersebut dan mulai kendur. Tetapi saudari jangan risau, produk kami juga dapat membantu masalah kulit muka yang kendur dan gelebeh.

Untuk membantu masalah kulit yang dihadapi, terbaik ialah pelanggan digalakkan bukan sahaja mengambil set penuh produk ZBF, malah turut menjalani perawatan muka. Namun, disebabkan saudari berada di Pahang yang mana sukar untuk ke salon kami, maka saudari bolehlah memakai produk di rumah. Insya-Allah, saudari akan dapat melihat hasilnya jika saudari bersabar dan betul-betul berdisiplin memakai produk dengan cara yang betul. Seperti yang telah saudari maklum, terbaik ialah set penuh ZBF yang mana terdiri daripada 12 item yang bernilai RM723.30. Set penuh boleh bertahan dalam tempoh 3 bulan (dengan syarat mengikut cara pemakaian yang betul) dan digalakkan ambil pada permulaan bagi mempercepatkan proses baik pulih kulit. Di kemudian hari (selepas tempoh 3 bulan), setelah kulit yang bermasalah hampir pulih, set tersebut bolehlah sama ada diteruskan atau boleh dikurangkan mengikut masalah kulit yang dihadapi.

 

Set penuh yang di sarankan di atas seperti berikut:-

  1. Jus Tamusari

  2. Rsus

  3. LU.ST

  4. Perfecting Powder

  5. Ageless
  6. White M
  7. Beauty Serum
  8. Biowhite Powder
  9. Soft Pressed Powder
  10. Botol spray: 3 (untuk kegunaan bersama Jus Tamusari)
  11. Span (untuk kegunaan bersama LU.ST)

 

Kesemuanya bernilai RM723.30 (tidak kos penghantaran dan pembungkusan RM7.00). Sekiranya saudari berminat dengan produk yang disyorkan, tempahan produk boleh dibuat dengan menghubungi Zaimal Sdn. Bhd. atau melalui e-mail: enquiry@zaimal.com. Namun, jika saudari mempunyai peruntukkan tertentu, tidak perlu risau, sila nyatakan budget yang diperuntukkan kepada kami, maka kami akan syorkan berdasarkan budget dan masalah kulit saudari tersebut.

Pembayaran untuk produk boleh dibuat melalui akaun Maybank. No akaun hanya akan diberi setelah pelanggan betul-betul berminat untuk membeli produk yang disarankan. Untuk makluman, produk akan dihantar hanya setelah pembayaran diterima dan tempoh proses penghantaran adalah 10 hari bekerja dari tarikh kami dimaklumkan bahawa pembayaran telah dibuat dan bayaran tersebut mestilah sudah dijelaskan (clear). Justeru, bagi memudahkan pihak kami, sila maklumkan segera kepada ibu pejabat Zaimal Sdn. Bhd. sebaik sahaja pembayaran telah dibuat agar semakan boleh dibuat.

Sekian, diharap apa yang telah disyorkan dapat menarik minat saudari untuk mencuba produk Zai’s Beauty Formula, sebagai rujukan saudari, berikut di sertakan beberapa lampiran (SILA BUKA ‘ATTACHMENT’). Untuk pertanyaan dan tempahan, waktu urusan Zaimal Sdn.Bhd. adalah seperti berikut: Isnin – Jumaat (10.00pagi hingga 6.00petang) dan Sabtu (10.00pagi – 3.00petang

 Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

Assalamualaikum….

Saya Mohd Hilmi, semasa saya melayari laman web zaisbeautyformula.com, saya tertarik dengan produk HairGone untuk buang bulu roma. Tetapi terlintas di fikiran saya, adakah produk HairGone ini sesuai untuk golongan lelaki?

Jika boleh untuk golongan lelaki, bolehke pihak Zai’s beritahu cara pakai HairGone, adakah saya kena cukur bulu roma saya dulu atau biarkan bulu roma itu sahaja?

Boleh ke saya beli HairGone sahaja @ saya kena beli set bulu.? kalau boleh bagi saya harganya dan nama produk tersebut.

Terima Kasih,

Posted by: zbfblogadmin | November 19, 2008

JAWAPAN (08/09/08) kepada: Mohd Hilmi Mahmud

Saudara,

 PER: REKOMENDASI PRODUK HAIRGONE

 Terima kasih di atas e-mail yang dihantar. Insya-Allah, dengan Zai’s Beauty Formula masalah saudara itu boleh dibantu. Untuk pengetahuan saudara produk hairgone Zai’s Beauty Formula sesuai untuk lelaki. Jika saudara memakai produk penjagaan produk bulu kami, saudara akan dapat lihat perubahan, dimana bulu roma saudara akan berkurangan dan dan halus.

 Untuk pengatahuan saudara jika saudara hendak memakai produk penjagaan bulu roma kami. Di Zai’s Beauty Formula, kami tidak menggalakkan customer mencukur atau wax bulu roma. Ini kerana apabila bulu roma terkena pisau cukur, bulu roma akan tumbuh lebih lebat dan kasar. Manakala jika customer memakai wax, krim (wax) tersebut ibarat baja dimana ia akan mengaktifkan pertumbuhan bulu roma. Seeloknya kami menyarankan customer kami mencabut bulu roma menggunakan epilator mesin ataupun cabut mbulu roma menggunakan twizer.

 Rekomendasi untuk produk bulu seperti berikut:-

  1. Hairgone

(serapkan ubst ke dalam liang roma)

  1. Silk White Body Wash

(pudarkan parut)

  1. Satin White Body Lotion

(untuk lembabkan kulit supaya tidak kering dan memujaratkan lagi kesan hairgone)

  1. Jus Tamusari

(nampak lagi berkilat)

 Kesemuanya bernilai RM 237.40 (termasuk kos penghantaran).

 Untuk tempahan produk, bolehlah hubungi Zaimal Sdn. Bhd atau e-mailkan kepada: enquiry@zaimal.com.. Pembayaran untuk produk boleh dibuat melalui akaun Maybank. Bayaran sebanyak RM7.00 atau lebih (bergantung kepada kuantiti dan berat bungkusan) akan dikenakan sebagai kos penghantaran dan pembungkusan. Untuk makluman, produk akan dihantar hanya setelah pembayaran diterima dan tempoh proses penghantaran adalah 10 hari bekerja dari tarikh kami dimaklumkan bahawa pembayaran telah dibuat dan bayaran tersebut mestilah sudah dijelaskan (clear). Justeru, bagi memudahkan pihak kami, sila maklumkan segera kepada ibu pejabat Zaimal Sdn. Bhd. sebaik sahaja pembayaran telah dibuat agar semakan boleh dibuat.

 Sekian, sebagai rujukan saudara, berikut di sertakan beberapa lampiran (SILA BUKA ‘ATTACHMENT’). Diharap apa yang telah disyorkan dapat menarik minat saudara untuk mencuba produk Zai’s Beauty Formula. Untuk pertanyaan dan tempahan, waktu urusan Zaimal Sdn.Bhd. adalah seperti berikut: Isnin – Jumaat (10.00pagi hingga 6.00petang) dan Sabtu (10.00pagi – 3.00petang)

 Terima kasih.

Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

Posted by: zbfblogadmin | November 19, 2008

SOALAN (04/09/08) daripada: Fara – Keputihan Yang Teruk

 ASSALAMUALAIKUM….

SAYA PUAN FARA, SAYA ADA MASALAH BERKAITAN DALAMAN WANITA. SAYA MENGHADAPI MASALAH KEPUTIHAN. SETIAP HARI SAYA TERPAKSA MEMAKAI PANTY LINER KERANA KELUAR CECAIR BERWARNA PUTIH + KUNING DARI KEMALUAN SAYA.

SAYA BERASA TIDAK SELESA KERANA GATAL2 DAN TANPA SEDAR SAYA AKAN MENGGARU APABILA SEDANG TIDUR. INI MENYEBABKAN KEMALUAN SAYA MENJADI GELAP MUNGKIN AKIBAT PARUT @ BERGESEL.

ADAKAH ZAIMAL MEMPUNYAI PRODUK SEPERTI INTIMATE WASH @ PRODUK MINUMAN YG BOLEH MEMBANTU MASALAH KEPUTIHAN SAYA INI SEBELUM IA MENJADI SEMAKIN PARAH. APA YG MENJADI MASALAH SEKARANG SAYA TGH MENGANDUNG ANAK PERTAMA DAN DUE PD HJG BULAN INI. ADAKAH SAYA BOLEH MENGAMBIL PRODUK INI SEKARANG @ SELEPAS BERSALIN NANTI?

JIKA ADA SILA INFORM SAYA PRODUK SERTA HARGANYA SEKALI. TERIMA KASIH.

PUAN FARA,

Posted by: zbfblogadmin | November 19, 2008

JAWAPAN (04/09/08) kepada: Fara

Saudari,

 

PER: KHIDMAT NASIHAT

 

Terlebih dahulu terima kasih di atas minat yang ditunjukkan terhadap produk Zai’s Beauty Formula (ZBF).

 Menjawab pertanyaan saudari, keputihan adalah normal bagi golongan wanita. Namun begitu, keputihan yang tidak normal (cecair kuning dan bau yang kurang menyenangkan) ini di biarkan begitu sahaja, lama – kelamaan boleh berisiko tinggi untuk mendapat kanser.

 Antara faktor penyebab keputihan iaitu menggunakan pencuci vagina yang mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti Sodium Laurel Sulphate (SLS) atau Sodium Laureth Sulphate (SLES) dan segala apa yang berkaitan dengan ‘mencuci’ pasti menghasilkan buih yang banyak, maka disebabkan itulah bahan kimia SLS dan SLES ini sering digunakan di dalam produk ‘cucian’ kerana bahan inilah yang memberikan kesan buih yang banyak. Begitu juga penggunaan ubat-ubatan traditional yang disapu pada bahagian faraj biasanya mengandungi alum, boric acid dan kapur. Bahan ini berpotensi mengeringkan dan mengesatkan faraj. Di sarankan juga selepas mencuci vagina, pastikan bahagian tersebut di lap kering dengan tuala yang bersih.

 Selain itu, punca lain seperti memakan makanan yang sejuk (bendi, kangkung, tembikai, kobis dan sebagainya) serta mengambil ubat-ubatan seperti jamu, pemakanan tambahan (suppliment) dan sebagainya. Keadaan diri yang tidak stabil seperti tekanan, kemurungan yang menyebabkan hormon dalam badan tidak stabil juga mempengaruhi faktor tersebut. Dari segi pakaian dalaman, tidak di galakkan menggunakan seluar dalam yang ketat dan jenis kain yang tidak sesuai seperti satin yang tidak menyerap peluh.

 Saudari jangan risau, Insyaallalah…. produk Zai’s Beauty Formula dapat membantu masalah saudari. Produk yang sesuai mengikut masalah saudari iaitu Satin White Body Lotion (RM 55.80), Jus Tamusari (RM 48.80) dan Botol Spray (RM 3.00) – sila buka ‘attachment’ untuk melihat fungsinya. Memandangkan saudari tinggal di Kajang, saudari di nasihati agar datang terus ke salon cawangan Bangi bagi mendapatkan khidmat nasihat yang lebih baik. Produk kami boleh digunakan walaupun semasa hamil.

 Sekian, sebagai rujukan saudari, berikut di sertakan beberapa lampiran (SILA BUKA ‘ATTACHMENT’). Diharap apa yang telah disyorkan dapat menarik minat saudari untuk mencuba produk Zai’s Beauty Formula. Untuk pertanyaan dan tempahan, waktu urusan Zaimal Sdn.Bhd. adalah seperti berikut: Isnin – Jumaat (10.00pagi hingga 6.00petang) dan Sabtu (10.00pagi – 3.00petang).

 Sekian, terima kasih.

 Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

Assalamualaikum

 

Saya amat berpuas hati menggunakan produk zai beauty.Saya nak bertanya ada tak produk dari Zai’s Beauty Formula yang dapat membuang lemak. Ini kerana bentuk badan seperti buah pear walaupun berat saya sekarang hanya 54kg.Ukuran pinggang saya 27cm sedangkan punggung saya brukuran 37cm. Agak susah bagi sy mencari pakaian dengan saiz yg begitu. Saya juga mempunyai peha yang besar. Diharap pihak Zai’s Beauty Formula dapat membantu saya.

 

Terima Kasih.

Posted by: zbfblogadmin | November 19, 2008

JAWAPAN (18/11/08) kepada: Ruzimarlina Saad

Puan,

 

PER : KHIDMAT NASIHAT

 Terima kasih di atas maklum balas yang di berikan.

 Alhamdulillah, keikhlasan dan keyakinan puan di dalam menggunakan produk ZBF telah membuahkan hasil yang menggembirakan. Pihak kami turut gembira diatas penurunan berat badan puan dari 58kg ke 54kg, walaubagaimanapun kami nasihatkan puan supaya menjaga pemakanan dalam kehidupan seharian, elakkan makan makanan yang berlemak terutamanya elakkan makan coklat, minum air milo pada waktu malam. Kerapkan makan sayur – sayuran dan buah – buahan terutama buah tembikai, tembikai susu atau peria katak. Perkara yang terpenting sekali adalah disiplin memakai produk dan ikut nasihat terbaik daripada Beauty terapis. Sebaik – baiknya puan teruskan penggunaan Jus Nilamsani untuk bekalan sebulan. Apabila puan telah memperoleh kesan yang dikehendaki, puan tidak perlu lagi mengambil 2 botol untuk setiap bulan, hanya kekalkan pengambilan dengan hanya 1 botol untuk sebulan dan seterusnya 1 botol untuk 2 bulan,. Dengan itu juga, kami sarankan puan mengambil Puree Ratna Suri serta Jus Tamusari, disamping itu juga jika puan mempunyai bajet lebih kami menyarankan puan mengambil Satin White Body Lotion ianya bukan sahaja bertindak melembapkan kulit, malah membantu lagi memujarabkan kesan Jus Nilamsani dari segi menegang dan menghaluskan kulit. Juga turut disyorkan Silk White Body Wash bagi tujuan membantu memudarkan selulit serta mencerahkan kulit. Namun jika puan mempunyai bajet kami sarankan puan ambil Jus Tamusari, Jus Nilamsani 2 botol dan Puree Ratna Suri terlebih dahulu.

 Kesemuanya bernilai RM375.80 (termasuk kos penghantaran RM8.00).

 

Terima kasih.

Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

 

Dari remaja saya tidak pernah dijangkiti jerawat atau mengalami senggugut. tetapi sejak bekerja di shipyard, saya mula ada jerawat sesetengahnya jerawat batu. muka dan badan mula dijangkiti panau mungkin kerana selalu berpeluh dan berjemur dari 7 pagi hingga 7 malam. pada 31.01.06 saya melahirkan anak yang kedua. pada 13.10.06 saya memasang iucd. 3 bulan selepas pemasangan iucd tersebut saya mula mengalami senggugut. dari bhgn rahim hingga ke punggong terasa sakit. terutama ketika buang air besar.

Posted by: zbfblogadmin | November 18, 2008

JAWAPAN (25/10/2008) kepada: Nur Yusa Asikin bt Shafii

 

Untuk pengetahuan puan, terdapat banyak faktor kepada puncanya jerawat. Antaranya, akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan yang di perbuat daripada Olive Oil, Mineral Oil dan sebagainya (Oily Based), masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan (kerang ataupun sotong yang boleh menyebabkan toksin banyak dalam badan), dan termasuklah akibat pemakaian produk yang mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya, bahan pemutih dan pengelupasan di mana selalunya apabila seseorang itu berhenti menggunakan produk pengelupasan, jerawat adalah salah satu masalah kulit yang akan timbul selain daripada masalah-masalah kulit yang lain.

 

Selain faktor-faktor di atas, terdapat juga faktor lain seperti persekitaran – cuaca, air, matahari, angin sesuatu kawasan dan kelembapan. Cuaca yang panas misalnya, tambah-tambah lagi bekerja di perkapalan, menyebabkan muka mudah berpeluh dan berminyak, dan tambah-tambah lagi jika kurang memberi perhatian pada kulit muka, masalah jerawat boleh timbul. Ini kerana, apabila kulit berpeluh dan menjadi berminyak, mudah untuk bakteria membiak dan terjadinya jerawat. Begitu juga kaitannya, jika muka yang berminyak tidak dibersihkan dengan sempurna, liang roma akan tersumbat dengan kotoran dan lama-kelamaan terjadilah jerawat.

 

Dinasihati, disebabkan pekerjaan puan di bawah pancaran matahari, seelok-eloknya pakailah topi yang bersesuaian sebagai pelindung dari terus terdedah kepada matahari. Selain itu, dalam keadaan kulit muka mahupun badan masih berpeluh dan berminyak, tidak digalakkan sama sekali terus mencuci muka atau mandi. Seelok-eloknya, biarlah peluh kering dahulu, barulah cuci muka dan mandi, kerana jika tidak masalah kulit seperti panau mudah terjadi.

 

Justeru, selain daripada nasihat yang diberikan, untuk rekomendasi produk, terbaik disarankan puan mengambil set penuh ZBF yang terdiri daripada 12 item (bernilai RM723.30). Set penuh yang disarankan bukanlah bertujuan untuk membebankan pelanggan tetapi bagi kesan terbaik dan cepat nampak perubahan. Untuk makluman, set penuh tidak bermakna perlu diteruskan selama-lamanya, sebaliknya bergantung kepada keadaan kulit, set penuh boleh dikurangkan di masa akan datang. Untuk makluman, secara amnya, set produk ZBF bertahan dalam tempoh 3 bulan, kerana konsentrasinya yang tinggi yang hanya perlu pakai sedikit sahaja, justeru majoriti produk muka ZBF tidak perlu dibeli pada setiap bulan.

 

Pun begitu, pihak kami memahami setiap pelanggan mempunyai bajet tertentu, justeru beritahu sahaja bajet yang puan peruntukkan, maka pihak kami akan memberikan rekomendasi berdasarkan kemampuan puan.

 

Berkenaan masalah yang puan hadapi sejak 3 bulan memakai alat IUD, disarankan eloklah puan berjumpa dengan doktor yang berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Ini kerana, tidak semua wanita yang merancang kehamilan yang menggunakan kaedah IUD mengalami masalah seperti puan. Untuk makluman puan juga, pemasangan IUD sebenarnya berisiko menyebabkan luka dalaman, dan bukan itu sahaja terdapat risiko untuk hamil lagi sekiranya alat yang dipasang tidak sempurna atau terdapat faktor lain yang menyebabkan alat yang dipasang boleh tertanggal. Lebih digalakkan, jika puan ingin mencegah kehamilan, gunalah kaedah injection (jika puan jenis yang tidak berdisiplin makan ubat) atau ambillah pil perancang (jika puan jenis berdisiplin makan ubat). Pun begitu, apa jua kaedah yang puan ambil, masing-masing ada risiko tersendiri sebenarnya, maka terbaik ialah dengan berjumpa doktor yang berkenaan, dapatkan makluman lengkap untuk setiap kaedah mencegah kehamilan, pertimbangkanlah setiap baik atau buruknya kaedah yang ada, dan selepas itu terpulanglah pada puan kaedah mana yang puan mahukan.

 Sila kirimkan persoalan lanjutan kepada kami melalui Lamanweb Utama Zai’s Beauty Formula  http://zaisbeautyformula.com atau Zaimal Sdn Bhd. http://zaimal.com Terima Kasih.

 

Saya telah berumur 26 thn dan masih belum berkahwin…dahulu saya mempunyai teman lelaki tetapi ibunya mempunyai pilihan lain dan tak menerima saya…bekas teman lelaki saya telahpun berkahwin dengan pilihan ibunya dan meninggalkan saya…kini saya mempunyai teman lelaki yang sangat saya sayangi…tetapi saya khuatir pisang berbuah dua kali…saya mempunyai perasaan yang kuat bahawa ibunya juga tidak menyukai saya walaupun kami masih belum mengenali antara satu sama lain…saya telah banyak kali dikecewakan sebelum ini dan tidak sanggup dikecewakan sekali lagi…sebagai seorang perempuan saya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga tetapi perhubungan saya selalu putus di tengah jalan…puncanya bukan kerana saya atau si dia tetapi perhubungan saya selalu putus di tgh jalan…puncanya bukan kerana saya atau kerana si dia, tetapi oleh kerana faktor luaran di sekeliling kami…terima kasih.

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.